suria

Kokpit berasap, gas penuhi ruang kawalan juruterbang... Pesawat komersial berlegar di udara sebelum mendarat cemas

Sebuah pesawat melakukan pendaratan cemas selepas asap dan gas dikesan di dalam kokpit. -Foto Getty Images

SEBUAH penerbangan British Airways terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas asap dan gas dikesan di dalam kokpit.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow pada pukul 8.45 pagi, menuju ke Aberdeen dengan jangkaan waktu ketibaan pada pukul 10.15 pagi, Jumaat.

Namun, ia terpaksa dilencongkan ke Manchester selepas kokpit mula dipenuhi dengan kepulan asap dan gas.

Data pengesanan FlightRadar menunjukkan pesawat itu mengubah haluannya ketika ia berada di ruang udara Northamptonshire sebelum menuju ke barat laut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat terhempas, seorang juruterbang disahkan maut... Polis umum penutupan jalan di kawasan nahas

Akaun pengesanan @FlightEmergency turut berkongsi tentang penerbangan domestik itu yang terpaksa dilencongkan selepas asap dan gas dikesan di dalam kokpit.

"Penerbangan British Airways BA1306 dilencongkan ke Manchester dalam keadaan cemas akibat asap dan gas di dalam kokpit," lapor perkhidmatan itu.

Menurut Aviation Source News, pesawat itu berlegar di kawasan Manchester sebelum ia melakukan pendaratan kecemasan. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain