suria

Gadis bikin kecoh pakai bra tengah jalan... Buat video mohon maaf, tak sanggup hidup lagi

Seorang gadis membuat permohonan maaf selepas dikecam berkelakuan tidak senonoh. Foto X

SEORANG gadis menggemparkan orang ramai apabila bertindak hanya memakai bra dan seluar pendek sambil berjalan-jalan di jalan raya yang sibuk.

Tindakan liar gadis itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas, sehingga rakamannya tular di media sosial.

Susulan itu, dia membuat video permohonan maaf susulan dikecam warga maya.

Mereka mengecamnya kerana gadis berkenaan berpakaian tidak senonoh dan menuduhnya mempromosikan 'kelucahan' di tempat awam.

Kejadian berlaku di Madhya Pradesh di Indore, India.

Menerusi video tersebut, gadis itu memohon maaf sekiranya terdapat sesiapa yang tersinggung dengan perbuatannya, dan merayu orang ramai untuk 'meninggalkannya sendirian'.

"Saya benar-benar minta maaf jika video saya menyakiti sesiapa. Saya sedar sekarang bahawa apa yang saya lakukan adalah sangat salah dan saya tidak sepatutnya melakukan ini. Tolong biarkan saya bersendirian," katanya.

Malah kata gadis itu lagi, dia berasa seperti mahu membunuh diri kerana malu disebabkan tindakannya itu.

Sebagai peringatan, berkelakuan lucah dan membunuh diri dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain