suria

Datuk cekik cucu sampai mati, naik angin sebab tak dapat duit

Perbuatan mencekik leher boleh menyebabkan kematian. - Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 20 tahun meninggal dunia selepas dia dicekik oleh datuknya.

Menurut laporan, pelaku yang berusia 62 tahun bertindak ganas kerana mangsa enggan memberikannya sejumlah wang.

Adik mangsa yang dikenali sebagai Bai memaklumkan dia dan kakaknya tinggal berdua selepas kematian ibu bapa mereka.

Malah, dua beradik warga China itu hanya meneruskan hidup berbekalkan wang peninggalan orang tua mereka.

Disebabkan itu, mangsa enggan memberikan wang kepada suspek yang meluahkan hasrat untuk membeli tanah ladang.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki warga emas bersekongkol dengan cucu, bunuh isteri malas memasak

"Ibu saya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya tiga tahun lalu. Terdapat wang yang disediakan untuk saya dan kakak saya sebagai elaun sara hidup, yang diidamkan oleh datuk tiri saya.

"Saya tidak faham kenapa dia mahukan wang daripada kami sedangkan dia mempunyai anak sendiri," ujar Bai.

Tambah adik mangsa, suspek memukul, mencekik dan menjerut kakaknya menggunakan wayar elektrik.

Suspek belum dijauthkan hukuman kerana kes ini baru dibicarakan 12 September lalu. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain