suria

Bau busuk rumah sewa terungkai... Wanita tinggal bersendirian ditemukan ‘dicincang’, disimpan dalam peti sejuk

Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan mengerikan apabila dicincang dan disimpan dalam peti sejuk. -Gambar hiasan.

SEORANG pekerja pusat membeli-belah dibunuh dengan kejam apabila mayatnya dicincang, manakala cebisan dagingnya disimpan di dalam peti sejuk di India.

Mayat wanita yang dikenali sebagai Mahalakshmi itu ditemukan di sebuah rumah di Malleswaram, Bengaluru.

Mangsa berusia 29 tahun dipercayai tinggal bersendirian walaupun sudah berkahwin dengan suaminya, Hermant Das.

Mahalakshmi dipercayai dibunuh seminggu sebelum ditemui polis. -Foto Jam Press/TIM.

Mahalakshmi dipercayai dibunuh seminggu sebelum ditemui polis. -Foto Jam Press/TIM.

Penemuan mengerikan itu dibuat oleh pegawai polis pada 21 September lalu.

Ketika pemeriksaan di lokasi kejadian mereka menemukan mayat wanita tersebut di dalam peti sejuk di dapur.

Pakar forensik dan skuad anjing pengesan daripada pasukan polis tempatan segera dihantar ke lokasi kejadian.

Penemuan dibuat selepas ibu Mahalakshmi dihubungi tuan rumah anaknya yang memaklumkan mengenai bau busuk daripada kediaman berkenaan.

Mayat Mahalakshmi dipercayai sudah berada di dalam peti sejuk selama seminggu.

Pesuruhjaya Polis N. Satheesh Kumar yang mengetuai siasatan mengesahkan penemuan mayat seorang wanita ditemuikan dicincang dan disimpan di dalam peti sejuk di sebuah rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bunuh isteri sebab cemburu hubungan dengan cucu, tikam alat sulit ketika mangsa tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mati dalam dakapan ibu, sempat panggil ‘mama’ sebelum hilang nyawa! Suami larikan diri selepas bunuh

"Mayat telah dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan, butiran lanjut akan dikongsikan nanti," katanya.

Dalam satu laporan media tempatan, suami Mahalakshmi mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit.

Pasangan itu berkahwin selama enam tahun dan mempunyai seorang anak perempuan, tetapi hidup berasingan sejak sembilan bulan lalu.

Sepasukan polis menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat. -Foto Jam Press/TIM.

Sepasukan polis menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat. -Foto Jam Press/TIM.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Karnataka, Gangadharaiah Parameshwara berkata suspek utama sudah dikenal pasti dan akan ditangkap dalam masa terdekat.

“Kami sudah mengumpul beberapa maklumat, namun ia tidak dapat didedahkan buat masa sekarang, tetapi kami akan menahan mereka yang terlibat.

"Suspek dikatakan berasal dari West Bengal. Kami akan bertindak secepat mungkin," katanya. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain