suria

Tong gas meletup, nenek umur 73 tahun melecur... Jiran terkejut dengar jeritan minta tolong

Sebahagian struktur rumah mangsa musnah akibat letupan tong gas pada Selasa.

LETUPAN tong gas yang berlaku di sebuah rumah pada Selasa menyebabkan seorang wanita berusia 73 tahun cedera parah.

Mangsa yang dikenali sebagai Boonrat bukan sahaja melecur, malah turut patah kaki akibat ditimpa runtuhan siling.

Warga emas itu kini sedang dirawat di Hospital Sirindhorn, Bangkok, Thailand.

Menurut saksi yang dikenali sebagai Thawatchai, 45, dia bergegas ke rumah warga emas itu selepas mendengar bunyi letupan kira-kira pukul 9 pagi.

Ketika kejadian, dia turut mendengar suara warga emas itu yang menjerit meminta tolong.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Melecur 80 Peratus Tong Gas Meletup

Sejurus tiba, Thawatchai melihat Boonrat terperangkap di bawah runtuhan siling di dapur rumahnya.

Kebakaran akibat letupan itu akhirnya berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung dan pengawal keselamatan.

Selain rumah mangsa, empat kediaman lain di kawasan perumahan Lut Krabang itu turut mengalami kerosakan struktur.

Siasatan awal mendapati letupan mungkin berlaku disebabkan kebocoran gas akibat pemasangan yang tidak betul. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain