TULAR di media sosial video seorang budak lelaki berusia 14 tahun diikat pada tiang manakala tangan dan kakinya dirantai akibat memetik pokok jirannya pada Sabtu lalu. Lebih menyedihkan apabila mangsa yang dikenali Dilkhush Kumar turut dipukul tanpa belas kasihan oleh jirannya, Sumitra Devi bersama anak-anak. Malah, penduduk setempat di Begusarai, India hanya menyaksikan perbuatan kejam itu, sebelum keluarga mangsa datang untuk menyelamatkannya. ARTIKEL BERKAITAN : Budak dipukul sampai badan berbirat, dipaksa cari duit tanggung keluarga... Ayah, mak tiri goyang kaki duduk rumah Mangsa yang mengalami kecederaan parah, dikejarkan ke hospital berhampiran. Pihak polis mengesahkan kejadian tersebut dan memfailkan laporan aduan terhadap Devi dan anak-anaknya. Dalam satu kenyataan rasmi, Begusarai SP Maneesh berkata Devi dan anak-anaknya melarikan diri dari kampung selepas kejadian itu dan usaha sedang dijalankan untuk menangkap mereka. "Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan," tambah SP Maneesh. - India Today Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube