SEORANG pengasuh menerima USD2 juta (RM8.3 juta) selepas majikannya didapati bersalah merakam video bogelnya secara rahsia menerusi kamera yang disembunyikan di dalam pengesan asap. Kelly Andrade, 25, menyaman Michael Esposito yang berusia 35 tahun kerana didakwa merakam videonya semasa tinggal bersama keluarga majikannya itu di Staten Island, New York. Bapa kepada empat anak itu ditahan selepas cuba memecahkan pintu bilik apabila menyedari pengasuh berkenaan menemui peranti dan kad memori yang mengandungi ratusan klip video. Juri Manhattan mengarahkan Esposito dan isterinya, Danielle membayar USD 2 juta (RM8.3 juta) sebagai ganti punitif dan juga USD780,000 (RM3.2 juta) bagi kerosakkan emosi kepada pengasuh berkenaan. Esposito, yang memiliki tiga francais restoran, LaRosa Grill, ditahan kerana disyaki melakukan pengawasan haram, yang membawa hukuman maksimum empat tahun. Namun, dia dibenarkan bergerak bebas dengan syarat melengkapkan dua tahun percubaan dan kaunseling. ARTIKEL BERKAITAN: Surat khabar lama penutup tingkap tandas homestay di KB timbul curiga... Wanita menggigil, menjerit nampak kamera telefon! ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda gila seks sorok kamera di celah batu, rakam aksi wanita mandi kolam air panas... Lebih 1,000 pengunjung jadi mangsa Bercakap kepada New York Post, pengasuh itu berkata hukuman itu tidak mencukupi dengan situasi yang dialaminya selama tiga tahun. "Ia tidak mencukupi. Saya marah kerana kerosakan yang dia lakukan kepada saya tidak dapat dipulihkan," katanya. Dalam tuntutan mahkamahnya, warga Colombia memaklumkan dia menghabiskan ratusan jam latihan oleh Cultural Care Au Pair sebelum dihantar bekerja di Amerika Syarikat. Andrade memberitahu Post bahawa dia sangat teruja dengan peluang untuk belajar bahasa Inggeris semasa bekerja di Amerika Syarikat. Namun, dia menjadi curiga selepas kerap melihat Esposito bermain-main dengan pengesan asap di dalam bilik tidur yang mereka berikan kepadanya yang sentiasa diubah kedudukan. Selepas beberapa minggu bekerja, Andrade melihat peranti itu dengan lebih dekat dan ternampak kamera tersembunyi di dalamnya. Dia menyifatkan terpaksa melarikan diri melalui tingkap apabila Esposito tiba di rumah dan mula mengetuk pintunya. Menurut tuntutan mahkamah itu, polis kemudiannya menemui beratus-ratus rakaman bogel, berpakaian dan menanggalkan pakaian.- Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube