suria

Geram asyik diberi teguran, lelaki pukul ibu mentua dengan tukul hingga maut

Sakit hati boleh mendorong seseorang melakukan sesuatu perkara di luar kawalan, termasuk membunuh. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 35 tahun tergamak mencederakan ibu mentuanya sehingga mengakibatkan kematian, hanya kerana tidak suka ditegur oleh wanita berkenaan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Purbayan, Sukoharjo, Jawa, lapor Detik.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sukoharjo, AKP Dimas Bagus Pandoy, kejadian yang berlaku pada 15 September lalu bermula apabila suspek kurang senang apabila mangsa kerap kali memberi teguran sehingga menimbulkan rasa geram.

Suspek kemudian bertindak memukul kepala mangsa yang berusia 65 tahun itu dengan tukul sehingga cedera.

Mangsa dikejarkan ke Rumah Sakit Dr Moewardi Solo untuk menerima rawatan.

Namun selepas seminggu dirawat, mangsa akhirnya meninggal dunia pada Ahad lalu (22 September).

Dimas menjelaskan, pada awalnya keluarga mangsa tidak mahu melaporkan kes tersebut.

Bagaimanapun, disebabkan mangsa meninggal dunia, mereka sekeluarga akhirnya membuat laporan kepada polis.

Polis yang menerima laporan segera menahan suspek pada pagi Ahad di rumahnya.

Suspek didakwa mengikut Perkara 351 perenggan 3 Kanun Jenayah berhubung kekasaran sehingga meragut nyawa, dan berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain