suria

Padah cabul budak perempuan, atuk 70 tahun ditahan polis... Rupanya ‘umpan’ mangsa guna gula-gula

Warga emas ditahan kerana melakukan ganguan seksual terhadap budak perempuan.

SEORANG paderi berusia 70 tahun ditahan polis selepas melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak perempuan.

Kejadian itu berlaku pada khamis lalu, apabila suspek menghadiahkan gula-gula kepada beberapa kanak-kanak yang sedang bermain sebagai 'umpan' untuk membawa mereka masuk ke dalam Kuil Theni, India.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dipaksa sebut ‘I love you’ jadi mangsa gangguan seksual... lelaki tak dikenali ugut nak cari di tempat kerja, mujur cubaan sentuh gagal

Memetik laporan India Today, serangan seksual itu terbongkar selepas kanak-kanak terbabit menceritakan kejadian dialami kepada ibu bapanya.

Susulan itu, keluarganya bersama penduduk kampung mengadakan protes di luar kuil untuk menuntut tindakan terhadap paderi tersebut.

Dalam pada itu, pihak polis mengesahkan kejadian yang berlaku dan kes disiasat di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO) .- Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain