suria

Suami bakar sisa sampah di ladang tebu, isteri maut selepas api merebak gara-gara angin kencang

Kejadian itu berlaku di sebuah ladang tebu di Indonesia. -Foto Nurhadi Wicaksono/detikJatim

SEORANG wanita disahkan maut selepas dia disambar api dalam kejadian kebakaran di sebuah ladang tebu.

Mangsa yang dikenali sebagai Endang maut di tempat kejadian, manakala suaminya parah akibat melecur di seluruh badan.

Dalam kejadian itu, api merebak pantas gara-gara angin yang bertiup kencang secara tiba-tiba.

Ketika itu, suami mangsa sedang membakar sisa sampah pokok sengon yang dikumpul di ladang tebu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki 53 tahun cedera dalam kebakaran, premis musnah 70 peratus

"Awalnya mangsa membakar sampah sisa sampah sengon di ladangnya, kemudian api merebak ke tanaman tebu bersebelahan.

"Mangsa cuba memadamkan kebakaran namun gagal," ujar seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Shahid pada Jumaat.

Pasangan berkenaan berasal dari Desa Selok Anyar di Pasirian, Lumajang, Indonesia.

Kebun itu pula terletak di Desa Lempeni, Mukim Tempeh.

Jenazah wanita itu selamat dikebumikan, manakala suaminya kini sedang dirawat di hospital. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain