SEORANG pempengaruh media sosial menjadi perhatian masyarakat gara-gara mempunyai saiz punggung yang sangat besar. Kerolay Chaves yang juga seorang model mempunyai punggung dengan saiz lilitan 126 sentimeter (cm) berdepan dengan pelbagai cabaran kerana bentuk tubuh badannya itu. Pada tahun lalu, wanita berusia 23 tahun itu mendakwa kerana saiz punggungnya itu menyebabkan dia dihalau dari sebuah pasar raya kerana memakai seluar pendek ketat ketika membeli makanan. Chaves berkata, dia sudah muak tidak dapat menikmati kehidupan harian tanpa perlu risau tentang penerimaan masyarakat terhadap dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Influencer cantik maut selepas jalani prosedur besarkan punggung, terima suntikan daripada lelaki mengaku ‘jururawat’ ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup laku apa sahaja demi miliki punggung terbesar “Bagi saya, salah satu isu utama adalah kurangnya inklusiviti dalam perkara-perkara sederhana seperti reka bentuk kerusi dan tempat duduk. “Ia mencerminkan masyarakat yang mengutamakan standard tubuh yang sempit. Tempat duduk kapal terbang, kerusi restoran, malah tempat duduk kereta semuanya dibuat untuk tubuh yang lebih kecil. Seolah-olah mereka mengatakan tubuh saya tidak layak berada di ruang awam. Ini adalah memalukan. “Disebabkan pekerjaan saya, ramai orang hanya melihat glamor tetapi memiliki punggung sebesar ini membawa banyak cabaran yang tidak pernah dibayangkan oleh orang lain," katanya yang mempunyai lebih 240,000 pengikut di Instagram. Selain tidak dapat terbang dengan selesa atau pergi makan tanpa bimbang tentang pengaturan tempat duduk, pempengaruh itu juga menghadapi masalah semasa membeli pakaian. Chaves merupakan seorang model berasal dari Brazil. - Foto Instagram “Apabila anda tidak dapat mencari pakaian yang sesuai dan berasa tidak selesa di ruang awam, ia membuat anda tertanya-tanya adakah masalahnya pada saya atau adakah ia tentang cara ruang dan produk ini direka? “Jenama tidak mempertimbangkan tubuh dengan ukuran yang berbeza, yang mencerminkan isu yang lebih luas tentang kepelbagaian dalam fesyen," katanya. Gadis yang berasal dari Minas Gerais, Brazil itu juga menghadapi masalah di gimnasium dan perlu lebih berhati-hati untuk tidak mencederakan bahagian badannya itu. “Rutin kecergasan menjadi lebih mencabar tetapi ia adalah sesuatu yang saya pelajari untuk diurus, sentiasa kekal disiplin. “Saya yakin dan gembira dengan bentuk badan saya, dan tidak akan mengubah apa-apa mengenainya," katanya yang mengakui bangga dengan keaslian bentuk badannya itu walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.- Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube