suria

Wanita tetak jiran guna pisau pemotong, rupanya tak lena tidur 3 minggu

Seorang wanita ditahan selepas menetak jirannya menggunakan pisau pemotong. -Gambar hiasan

SEORANG wanita ditahan polis selepas dipercayai menetak jirannya menggunakan pisau pemotong.

Suami suspek kemudian mendedahkan isterinya mengalami gangguan tidur selama tiga minggu.

Insiden tersebut berlaku di Bogor, Indonesia .

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bojonggede, AKP Teguh, suspek akan menjalani pemeriksaan psikologi bagi mengenal pasti motif disebalik serangan itu.

“Suspek tidak memberikan jawapan yang jelas ketika disoal siasat, jadi kita akan melakukan pemeriksaan psikologi.

ARTIKEL BERKAITAN : Umur 39 masih tinggal dengan keluarga, anak tetak ibu sebab tersinggung disuruh bersihkan rumah

"Berdasarkan kenyataan suaminya, suspek sudah tiga minggu tak dapat tidur. Ini mungkin menjadi punca dia tertekan," kata Teguh.

Difahamkan, mangsa kini dalam keadaan stabil dan sedang proses pemulihan.

Selain itu, mangsa juga mengakui tidak tahu punca dirinya serangan, tetapi suspek sempat mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan sebelum menetaknya.

Susulan itu, polis melakikan soaal siasat terhadap tiga saksi yang merupakan jiran-jirannya.

Polis masih menyiasat motif kejadian dan menunggu keputusan ujian psikologi suspek. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain