suria

Alat sulit tersepit zip seluar… Satu jam pakcik cuba bantu tapi tak berjaya, lelaki akhirnya hubungi bomba

Anggota bomba mengambil masa satu jam mengeluarkan alat sulit mangsa. -Foto Baperanews

SEORANG lelaki berdepan detik cemas selama satu jam selepas alat sulitnya tersepit pada zip seluar.

Menurut laporan Baperanews, ketika kejadian yang berlaku pada malam Rabu lalu, pemuda yang berasal dari Desa Mampir, Bogor, Jawa Barat itu sedang bermain telefon bimbit.

Dia yang sedang duduk kemudian menutup zip seluarnya yang terbuka dan tanpa diduga alat sulitnya tersepit.

Menurut kenyataan Komander Pasukan 2 Penyelamat Bomba Kabupaten Bogor, Iskandar, mangsa dengan bantuan bapa saudaranya cuba melonggarkan zip untuk mengeluarkan alat sulitnya yang tersepit.

Namun usaha mereka selama satu jam tidak berhasil justeru mangsa memutuskan untuk menghubungi bomba.

Ujar Iskandar, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada pukul 12.35 pagi Khamis dan beberapa orang anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Anggota bomba berjaya mengeluarkan kemaluan mangsa yang tersepit dalam tempoh sejam selepas tiba di lokasi," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain