suria

Wanita bawa kekasih gelap ke rumah waktu malam ketika suami bekerja, akhirnya ‘skandal’ dibelasah penduduk kampung

Kekasih gelap kepada wanita tersebut dibelasah penduduk kampung. -Foto Istimewa

TINDAKAN seorang wanita berstatus isteri orang yang membawa pulang kekasih gelapnya ke rumah ternyata menimbulkan kemarahan penduduk kampung yang kemudian bertindak memukul teman lelakinya itu.

Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Lombang Dajah, Bangkalan, Jawa Timur.

Difahamkan, wanita berkenaan mengambil kesempatan berlaku curang memandangkan suaminya bekerja di Jakarta.

Dalam rakaman video yang tular di media sosial, penduduk kampung dilihat memukul teman lelaki wanita berkenaan kerana geram dengan perbuatan kejinya.

Namun wanita tersebut berusaha cuba melindungi kekasih gelapnya daripada terus dibelasah.

Ketua Polis Blega, Inspektor Syamsuri mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan memaklumkan bahawa pihaknya telah melakukan siasatan dengan mengambil keterangan pihak yang terlibat, termasuk kekasih wanita berkenaan.

"Penduduk mula curiga apabila wanita itu bersama lelaki simpanannya dilihat memasuki rumah pada waktu malam.

"Mereka dapati pasangan itu duduk bersama sambil memakai kain sarung," jelas Syamsuri.

Kejadian itu dilaporkan kepada ketua kampung dan suami wanita tersebut yang dihubungi melalui telefon bersetuju menyerahkan urusan itu kepadanya.

Difahamkan, suami wanita itu juga mengakui akan pulang segera untuk menceraikan isterinya.

"Suaminya telah menyatakan melalui telefon bahawa dia akan menceraikan isterinya dan menyerahkan wanita itu kembali kepada ibu bapanya," tambah Syamsuri. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain