suria

Gara-gara berang cinta ditolak, lelaki tembak gadis di bahagian kepala

Senjata api perlu digunakan dengan bertanggungjawab. -Gambar hiasan

PERASAAN cemburu yang tidak dikawal boleh membawa padah.

Begitulah kisahnya apabia seorang lelaki tergamak membunuh gadis berusia 17 tahun dalam insiden tragis di Keerom, Papua, Indonesia pada 11 September lalu.

Menurut Ketua Polis Keerom, AKBP Christian Aer, suspek didakwa menembak mangsa di bahagian kepala susulan kecewa cintanya ditolak.

Tambahnya, mangsa dipecayai dibunuh di lokasi berhampiran Kampung Bagia ketika sedang keluar mencari kayu api.

"Kami menemukan mayat mangsa di sebuah kebun tidak jauh dari rumahnya," ujar Christian.

Siasatan awal mendapati motif pembunuhan turut didorong rasa cemburu selepas melihat mangsa bersama pasangan lain.

Suspek yang dikenali sebagai AW sudah ditahan dan siasatan sedang giat dijalankan. - Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan