suria

Tikam anak ketika tidur, bapa dakwa terpaksa bunuh demi keluarga - “Sudah banyak dia buat hal”

Perbuatan jenayah boleh berlaku dalam institusi kekeluargaan. -Gambar hiasan

TAHAP kesabaran seseorang itu mempunyai had.

Gempar apabila seorang bapa tergamak membunuh anak lelakinya yang sedang tidur dalam insiden berdarah di Desa Dersalam, Jawa Tengah, Indonesia pada 15 Oktober lalu

Mangsa dikenali sebagai BH maut di tempat kejadian akibat ditikam dengan senjata tajam sebanyak tiga kali oleh bapanya sendiri.

Suspek yang berusia 63 tahun ketika disoal siasat pihak berkuasa mendakwa dirinya terpaksa mengambil tindakan sebegitu kerana sudah tidak mampu mengawal perangai liar anaknya.

Ketua Polis, Ronni Bonic ketika ditemui pemberita berkata mangsa ada melakukan beberapa tindakan yang sungguh menguji kesabaran bapanya.

"Dia (mangsa) pernah mengancam untuk mencederakan ibunya serta nyaris membakar rumah, ia merupakan ugutan supaya dirinya diberikan sebahagian daripada harta pusaka keluarga," jelasnya.

Tambah Ronni, suspek menzahirkan rasa menyesal tetapi berkeras tidak akan mengubah tindakannya walaupun diberikan peluang.

"Saya pun terkejut saya mempunyai kekuatan untuk bunuh anak sendiri, tapi saya terpaksa buat begitu kerana kelak hidup kami sekeluarga tak akan tenang

"Dia (mangsa) mesti akan selalu mengganggu isteri, menantu dan cucu saya," kata suspek kepada Ronni.

Polis sedang menjalankan siasatan dan pertuduhan undang-undang akan ditentukan terhadap suspek dalam masa terdekat ini. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain