suria

Pura-pura jadi pelanggan, 3 lelaki ‘ratah’ gadis penjual minuman bawah jambatan

Jambatan yang menjadi tempat peniaga air dirogol. -Foto Achmad Nasrudin Yahya

POLIS menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berikutan kes seorang penjual minuman dirogol oleh tiga lelaki dalam kejadian pada Rabu.

Mangsa berusia 18 tahun itu diperkosa di bawah jambatan Telaga Asih di Bekasi, Indonesia.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bekasi, Sang Ngurah Wira Utama pada Jumaat.

Ketika kejadian, mangsa rogol sedang berjalan kaki di tepi jalan raya Tengku Umar yang kemudiannya dipanggil dua orang lelaki.

Tidak membeli minuman dijual, suspek cuba memaksa mangsa dengan menarik tangannya sehingga terjatuh.

Menyedari diri dalam bahaya, wanita itu cuba mendapatkan bantuan namun telefon bimbitnya dirampas oleh pelaku.

Susulan itu, kedua-dua lelaki itu merogol penjual air minuman.

Kemudian, datang seorang lagi lelaki yang turut memperosa mangsa.

Mangsa berjaya melarikan diri dengan menaiki kenderaan yang lalu di atas jambatan.

Dia kemudiannya cuba mendapatkan bantuan pihak atasan selepas apa yang terjadi kepadanya.

Bagaimanapun, polis masih belum berjaya menyelesaikan kes selepas memeriksa rakaman CCTV dan siasatan masih terus dijalankan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain