SEORANG wanita tergantung selama beberapa minit selepas tergelincir ketika membersihkan tingkap di tingkat 16 sebuah bangunan. Insiden mencemaskan itu berlaku di Guarujá, berhampiran São Paulo, Brazil pada 15 Oktober lalu. Menurut saksi, tangan wanita tersebut hanya bergantung pada besi penghadang tingkap selama lima minit sebelum diselamatkan. ARTIKEL BERKAITAN : Wanita maut jatuh tingkat 43 kondominium, rakaman CCTV dedah kelakuan aneh sebelum insiden Kejadian dirakam oleh seorang lelaki dari bangunan bersebelahan yang menunjukkan wanita tersebut terkial-kial berusaha memanjat untuk masuk semula ke dalam, tetapi gagal. Jeritan wanita tersebut menarik perhatian orang ramai sebelum beberapa lelaki dipercayai jirannya datang memberikan bantuan. Mereka terpaksa memecah masuk ke dalam unit kediaman wanita berkenaan untuk menyelamatkannya. Wanita tersebut akhirnya berjaya ditarik masuk semula ke dalam rumah. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube