SEORANG pemilik rumah sewa ditemukan maut dengan tubuhnya berlumuran darah, dipercayai dibunuh oleh penyewanya. Menurut laporan Detik, mayat mangsa yang dikenali sebagai Darwati, 78, ditemukan di rumahnya di Kampung Beran, Ngawi, Jawa pada pagi Selasa lalu. Ketua kampung, Soewaji berkata, dia dan penduduk mengesyaki suspek kes pembunuhan berkenaan adalah salah seorang penghuni rumah sewa mangsa. Sangkaan tersebut makin kuat kerana individu berkenaan yang merupakan pesara tentera menghilangkan diri sejak mangsa dibunuh. Menurut Soewaji lagi, individu tersebut baru menyewa di rumah sewa milik mangsa kurang dari sebulan. Ketua Polis Daerah Ngawi, AKBP Dwi Sumrahadi Rakhmanto bagaimanapun berkata pihaknya enggan membuat spekulasi dan ketika ini mereka masih menjalankan siasatan dengan mengambil keterangan beberapa saksi. "Kita sedang memeriksa penghuni rumah sewa, jiran tetangga termasuk ketua kampung," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube