suria

Geram terpaksa kongsi kasih sayang, wanita tembak madu sehingga mati... Suami perjelas insiden tidak disengajakan

Si suami didakwa melarikan diri dan bersembunyi di sebuah pondok kecil ketika insiden. - Gambar Agensi

PERASAAN amarah yang tidak dikawal pastinya membawa padah.

Begitulah insiden tragis apabila seorang wanita berusia 37 tahun dikenali sebagai Thanyaporn mengaku bersalah menembak mati isteri kelima yang dikahwini suaminya.

Kejadian berlaku berhampiran kediaman mereka di daerah Ron Phibun, wilayah Nakhon Si Thammarat, Thailand pada 15 Oktober lalu.

Menurut polis, mayat mangsa ditemukan di rumah berkenaan dengan beberapa kesan tembakan di bahagian leher, belakang tubuh dan kaki.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperiksa pihak berkuasa tempatan, kedengaran tiga das tembakan dilepaskan tetapi tidak dapat dipastikan daripada mana puncanya.

Suspek kemudian serah diri di balai polis dan mendakwa tembakan itu dilepaskan oleh dirinya secara tidak sengaja ketika dia sedang berbincang dengan mangsa mengenai suatu perkara.

ARTIKEL BERKAITAN : Keluar rumah tanpa izin, suami tetak isteri sampai mati... Polis rampas sabit

Dalam pada itu, suami kepada suspek dan mangsa yang dikenali sebagai Chai turut berada di rumah berkenaan ketika insiden, dia bagaimanapun melarikan diri apabila bunyi tembakan kedengaran.

Ketika disoal siasat, Chai yang mengahwini lima isteri mengakui punca kejadian adalah akibat rasa cemburu kerana dia dikatakan lebih banyak meluangkan masa bersama mangsa, sehingga menyebabkan suspek tidak berpuas hati.

Tambahnya, ketika ketegangan tercetus antara kedua-dua isterinya itu, dia melepaskan satu das tembakan ke tanah untuk cuba meleraikan pergaduhan.

Namun, pistol tersebut secara mengejut dirampas oleh suspek daripada tangan Chai, ketika perebutan berlaku mangsa ditembak secara tidak sengaja.

Polis sedang menjalankan siasatan dan pertuduhan undang-undang akan ditentukan terhadap suspek dan suaminya dalam masa terdekat ini. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain