suria

Aktiviti cinta alam sekitar bertukar tragedi, remaja perempuan dirogol pelajar senior dalam hutan

Seorang pelajar perempuan dipercayai menjadi mangsa rogol senior. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar perempuan yang terlibat dengan aktiviti pencinta alam sekitar dipercayai menjadi mangsa rogol.

Susulan itu, seorang eremaja lelaki berusia 19 tahun yang merupakan pelajar senior kepada mangsa ditahan polis.

Hasil siasatan, polis menemukan empat video penderaan seksual yang dilakukan terhadap empat mangsa berbeza.

Insiden berlaku di kawasan hutan di Jambi, Indonesia pada Sabtu lalu.

Suspek dikatakan pada mulanya menawarkan mangsa untuk pulang bersama. Bagaimanapun, mangsa sebaliknya dibawa ke rumah sewa rakannya di Mendalo, Kabupaten Muaro Jambi.

Bukan sahaja merogol, malah suspek merakam perbuatan itu bagi mengugut mangsa agar tidak melaporkan kejadian yang berlaku.

Bagaimanapun, mangsa kemudian menceritakan perkara itu kepada senior sebaik pulang ke kampus sebelum perkara itu dilaporkan kepada polis.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jambi, AKBP Kristian Adi Wibawa berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada terdapat mangsa lain.

"Jika ada laporan daripada mangsa lain, kita akan siasat," katanya pada Selasa.

Suspek kemudian ditahan bagi membantu siasatan dan akan didakwa atas pertuduhan merogol. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain