PEKERJA buruh yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu, ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh. Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan berbungkus selimut di kawasan gaung. Penemuan mayat itu dibuat di Sitinjau Lauik, Lubuk Kilangan, Padang, Sumatera Barat, Indonesia. "Identiti mangsa sudah dikenal pasti. Keluarga datang ke balai polis dan memberikan maklumat," kata Ketua Polis Lubuk Kilangan, Kompol Sosmedya, ketika dihubungi pada Rabu. Sosmedya berkata, polis sedang menjalankan siasatan berhubung kematian mangsa. Bagaimanapun katanya, mangsa dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kerana terdapat kesan keganasan ditemukan pada jasadnya. "Kita sedang menyiasat, kemungkinan mangsa bunuh," jelas Sosmedya. -Kompas Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube