SEORANG lelaki berusia 46 tahun maut selepas dia ditetak oleh seorang pemilik kebun. Mangsa dibunuh di Sindangbarang, Bogor Barat, Indonesia, kira-kira pukul 2.30 pagi, Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Niat bantu jiran lapor polis bertukar tragedi, lelaki maut ditetak... Anak saksi kejadian depan mata Difahamkan, pemilik kebun mendakwa mangsa memotong batang keladi tanpa keizinannya. Pemilik kebun kemudiannya bertindak mengejar mangsa yang cuba melarikan diri, lalu menetak bahagian betis, tangan, dan mukanya dengan menggunakan parang. Mayat mangsa kemudiannya ditemukan di dalam parit. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Bogor, AKP Aji Riznal, turut mengesahkan kejadian itu. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube