SEORANG wanita berusia 52 tahun mendakwa dia nyaris dibunuh gara-gara menolak cinta seorang lelaki muda. Menurut mangsa yang dikenali sebagai Petch, suspek yang berusia 23 tahun menetap bersebelahan dengan rumahnya. Suspek dan mangsa berjiran di sebuah kawasan penempatan di Udon Thani, Thailand. Dakwa wanita itu, suspek yang dikenali sebagai Kak memecah masuk ke kediamannya dengan membawa sebilah parang kira-kira pukul 8 malam, Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara berang cinta ditolak, lelaki tembak gadis di bahagian kepala Suspek bagaimanapun gagal menemui mangsa yang menyorok di tingkat atas kediaman itu bersama anaknya. Perbuatan lelaki itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) kediaman mangsa. Dalam laporannya, wanita itu berkata suspek bertindak agresif kerana berang cintanya ditolak. Malah kata wanita itu, suspek juga baru sebulan dibebaskan daripada penjara selepas dihukum atas kesalahan sama sebelum ini. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube