TULAR rakaman menunjukkan seorang lelaki dipercayai lemas dan terapung di laut selepas diheret ombak besar dalam kejadian pada pagi Ahad. Detik cemas itu dirakam salah seorang rakannya sendiri ketika mereka bercuti di Pantai Kedung Tumpang, Tulungagung, Indonesia. Sebelum kejadian mangsa dikenali sebagai Roni Joshua Simajutak dilihat berdiri di tebing sebelum dia dan beberapa orang rakannya berenang di dalam air yang masih tenang. Beberapa minit kemudian, ombak besar datang dan mengheret pemuda berusia 20 tahun itu sehingga mencetuskan panik orang ramai. Menerusi rakaman yang dimuat naik, Roni dilihat sudah tidak bergerak dan terumbang-ambing di tengah laut. Mangsa merupakan seorang pelajar di yang berkunjung ke pulau tersebut bersama 16 orang lagi rakannya. Ketua Perhubungan Awam Polis Tulungagung, Ipda Nanang Murdianto mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian melibatkan seorang pelancong. Kata Nanang, orang ramai yang berada di lokasi kejadian cuba menyelamatkan Roni tetapi sia-sia kerana dihalang ombak besar. Hingga kini difahamkan mangsa masih hilang dan usaha mencari diteruskan. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube