SATU fenomena aneh yang menimbulkan rasa gentar kepada orang ramai. Begitulah kisahnya apabila ribuan ikan dilihat terdampar dihanyutkan ombak sehingga menyebabkan pengunjung di Pantai Patong, Thailand menjadi cemas. Rata-rata pengunjung dan penduduk tempatan risau sekiranya akan berlaku sesuatu yang buruk seperti bencana alam berupa tsunami atau taufan. Setelah diamati dengan lebih dekat, kelihatan ikan yang terdampar itu terdiri daripada pelbagai spesies. Namun dalam keadaan yang meresahkan itu, terdapat juga segelintir masyarakat termasuk komuniti nelayan mengambil kesempatan untuk membawa pulang ikan-ikan tersebut bagi dijadikan santapan. Walaupun begitu, anggota daripada agensi perikanan memberikan peringatan supaya masyarakat berhati-hati memakan ikan tersebut selagi punca kejadian belum dikenal pasti. Ia bagi mengelakkan keracunan jika wujud pencemaran bahan kimia di dalam air laut yang menjadi punca ikan-ikan tersebut mati mengejut. - The Phuket News Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube