suria

Bergaduh isu hak penjagaan anak, wanita maut ditikam suami selepas pulang dari balai polis

Kerana perselisihan pendapat, ada individu tergamak membunuh pasangan mereka. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 41 tahun ditangkap kerana didakwa membunuh isterinya susulan pertikaian mengenai hak penjagaan anak-anak mereka.

Memetik laporan, pasangan yang dikenali sebagai Nadeem Khan dan isterinya Amrin dari Thane, Maharashtra, India, bergaduh kerana tidak mencapai kata sepakat berhubung hak penjagaan dua anak mereka yang berusia dua tahun dan 10 tahun.

Pada mulanya, Amrin dilaporkan pergi ke balai polis untuk mendapatkan bantuan namun disebabkan anggotanya sedang sibuk, dia membuat keputusan untuk datang semula kemudian.

Amrin menuju ke sekolah untuk bertemu anaknya, namun ketika dalam perjalanan, dia terserempak dengan suaminya, Khan.

Pasangan tersebut bertengkar dan berakhir dengan Khan menikam Amrin hingga wanita tersebut maut.

Khan ditangkap dan didakwa atas tuduhan membunuh isterinya.

Siasatan lanjut mengenai kejadian sedang dilakukan, kata polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain