suria

Misteri dalam zoo... 8 ekor monyet pelbagai baka mati mengejut

Sebuah zoo di Hong Kong ditutup selepas lapan ekor monyet mati secara tiba-tiba.

SEBAHAGIAN daripada sebuah zoo di Hong Kong ditutup selepas lapan ekor haiwan ditemukan mati secara mengejut pada Ahad.

Sehingga kini, punca kematian lapan ekor moyet pelbagai baka di Taman Zoologi dan Botani Hong Kong itu masih belum dikenal pasti.

"Bedah siasat dan ujian makmal dijalankan dengan segera untuk mengetahui punca kematian.

"Sementara menunggu keputusan ujian, Bahagian Mamalia (Taman Zoologi dan Botani) ditutup mulai Isnin untuk kerja-kerja nyahkuman dan pembersihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Warga emas maut diserang monyet liar ketika masuk tandas

"Kami juga akan memantau dengan teliti keadaan kesihatan haiwan lain," kata Jabatan Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan negara itu.

Kini, pihak berkuasa rekreasi juga sedang berhubung dengan Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan berhubung kes itu.

Dalam pada itu, tarikan-tarikan lain di zoo berkenaan akan tetap dibuka kepada orang ramai.

Papan notis yang digantung pihak zoo menyatakan pameran haiwan di kawasan mamalia sahaja akan ditutup sehingga 20 Oktober.

Untuk rekod, Taman Zoologi dan Botani Hong Kong menempatkan kira-kira 158 burung, 93 mamalia dan 21 reptilia dalam sekitar 40 sangkar. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain