suria

Jatuh dari tingkat 21 hotel, lelaki umur 55 tahun disahkan maut

Seorang lelaki maut terjatuh dari tingkat 21 hotel. -Foto Praditya Fauzi Rahman/detikJatim

SEORANG lelaki disahkan maut selepas dia terjatuh dari tingkat 21 sebuah hotel pada petang Ahad.

Lebih tragis, tubuh mangsa turut tersangkut pada kanopi hotel, menyebabkan proses pemindahan mayat mengambil masa sehingga lebih dua jam.

Mangsa yang berusia 55 tahun berasal dari Jakarta Barat, Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tulis nota sebelum bunuh diri, kecewa dapat tahu isteri curang dengan doktor - “Saya akan cintakan awak walau selepas mati”

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Genteng, Inspektor Vian Wijaya turut mengesahkan kejadian itu yang berlaku di sebuah hotel di Surabaya.

Pihak hotel menerusi wakilnya yang dikenali sebagai Litinia menyatakan kesediaan mereka untuk memberi kerjasama kepada polis dalam siasatan kes ini.

"Kami serahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa," ujarnya.

Siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih diteruskan oleh pihak polis. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan