SEORANG lelaki berpura-pura meninggal dunia selepas dia ditangkap kerana mencabul seorang wanita. Mangsa mendakwa dicabul oleh suspek ketika dia berada di Pasar Kuil Bang Wua di Jalan Bangna-Trat di daerah Bang Pakong, Thailand. Suspek merupakan lelaki warga Burma yang berusia 26 tahun, manakala mangsa pula wanita Thailand yang baru berumur 23 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda gay ditahan polis gara-gara cabul remaja dalam tandas Menurut mangsa, suspek pada awalnya melanggar dirinya dari arah bekalang. Kemudiannya, suspek turut menggeselkan kemaluannya pada badan mangsa sehingga berlaku kekecohan di pasar itu. Suspek bagaimanapun berpura-pura rebah dan tidak sedarkan diri kerana tidak mahu tindakan undang-undang diambil ke atasnya selepas dia dibawa ke balai polis. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube