suria

Perbincangan secara baik bertukar tragedi, lelaki maut ditembak dalam konflik cinta 3 segi

Rakaman CCTV menunjukkan suspek (baju putih) menembak mangsa yang melarikan diri - Gambar Agensi

SEORANG pemuda berusia 38 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah selepas ditembak seorang lelaki.

Menurut laporan, insiden yang berlaku berhampiran Balai Polis Katu, Phuket, Thailand itu berpunca daripada cinta tiga segi melibatkan dua lelaki dan seorang wanita.

Berdasarkan rakaman CCTV, sekitar pukul 11.40 pagi Ahad, dua lelaki dan seorang wanita bertemu dipercayai untuk menyelesaikan kemelut cinta antara mereka bertiga namun bertukar menjadi pertengkaran.

Menerusi rakaman itu, suspek berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Thitipong dilihat merampas beg milik mangsa, Suwit Nokkate, 38, yang dipercayai mengandungi pistol.

ARTIKEL BERKAITAN : Cinta Tiga Segi: Lelaki Kekal Dipenjara Sehingga Mendapat Pengampunan

Dalam kejadian itu, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali ke arah mangsa yang cuba melarikan diri ke balai polis berhampiran.

Mangsa, yang merupakan kekasih kepada wanita itu bagaimanapun dilanggar kereta dan rebah di luar balai polis.

Wanita yang menjadi punca pertelingkahan dilihat merayu kepada suspek supaya menghentikan serangan, namun suspek sempat melarikan diri sebelum ditahan oleh pihak polis.

Suspek dijangka didakwa mengikut Seksyen 288 Undang-undang Jenayah kerana pembunuhan dengan sengaja - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain