SEORANG pempengaruh yang terkenal dengan aksinya mengambil gambar di lokasi berbahaya terutama di struktur tinggi tanpa sebarang perkakasan keselamatan, maut selepas terjatuh dari ketinggian 192 meter. Lewis Stevenson, 26, begitu dikenali di Instagram menggunakan nama @exp.dition kerana mengambil gambar di lokasi berisiko di New York, Budapest dan London dengan aksi memanjat yang cukup berani. Namun, aksi terbaharunya berakhir dengan tragis apabila maut selepas terjatuh dari jambatan Castilla La Mancha di Sepanyol, pada Ahad lalu. Datuknya, Clifford Stevenson, 70, berkata mereka sekeluarga sudah melarang cucunya itu daripada melakukan aksi berkenaan tetapi dia masih berkeras mahu melakukan aksi berbahaya itu. “Dia sangat menyukainya, sentiasa pergi ke luar dengan percaya bahawa dia akan baik-baik sahaja. Dia melakukan untuk kesenangan sendiri. Dia tidak mendapat sebarang wang untuk itu, dia seorang pengembara," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh dari tingkat 21 hotel, lelaki umur 55 tahun disahkan maut ARTIKEL BERKAITAN: Wanita digelar ‘Spider-Woman’, handal panjat tebing lebih 100 meter tanpa guna alat keselamatan Menurut media tempatan Sepanyol, Stevenson dilaporkan 'hilang pegangan' ketika memanjat jambatan, dan jatuh hingga maut, walaupun seorang ahli majlis tempatan mendakwa terdapat akses ke jambatan tersebut adalah dilarang. Mayat warga British itu ditemukan pada pukul 7.14 pagi Ahad (waktu tempatan), dengan pegawai Majlis Bandaraya Talavera de la Reina mengesahkan kematian seorang pemuda selepas dia jatuh dari jambatan Castilla-La Mancha. “Dia jatuh semasa memanjat jambatan tersebut, sesuatu yang telah dinyatakan oleh ahli majlis sebagai larangan. “Berdasarkan maklumat, mangsa datang bersama seorang rakan ke Talavera untuk memanjat jambatan dan mencipta kandungan untuk media sosial," katanya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube