suria

Budak 3 tahun maut didera, bapa tiri berang gara-gara isteri berbual dengan lelaki lain

Seorang budak maut dipercayai menjadi mangsa dera. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan polis selepas disyaki mendera anak tiri berusia tiga tahun sehingga mengakibatkan kematian.

Suspek berusia 35 tahun melakukan perbuatan itu di rumah mereka.

Kejadian berlaku di Kampung Manunggal, Karang Bintang di Indonesia.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Tanah Bumbu, AKP Agung Kurnia Putra, suspek dikatakan cemburu selepas mendapati isterinya berbual dengan lelaki lain.

Insiden tersebut menyebabkan suspek sering bertengkar dan mendera isteri serta anak tirinya.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak angkat usia 5 tahun didera sampai mati... Ada kesan koyak di kemaluan, badan penuh lebam-lebam!

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk lebam di kepala dan patah leher akibat objek tumpul yang menyebabkan kematiannya.

"Isteri suspek kerap didera secara fizikal. Namun akhirnya dia melaporkan mengenai perbuatan suaminya kepada polis pada 28 Ogos lalu selepas anak tirinya meninggal dunia," jelas Agung.

Susulan kejadian itu, suspek melarikan diri ke Sumatera Selatan, sebelum ditangkap pada 10 Oktober lalu.

Suspek kini ditahan polis dan bakal berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun di bawah Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain