SEORANG lelaki kini diburu polis kerana menetak isterinya hingga mangsa mengalami cedera parah. Kejadian berlaku di Dompu, Manggelewa, Indonesia, pada Rabu lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Manggelewa, Ipda Yadhulul Muslimin, kejadian berpunca gara-gara pasangan berkenaan berselisih faham mengenai hutang. Ujarnya, kejadian bermula apabila suspek yang berusia 34 tahun bertengkar berhubung wang milik mangsa yang digunakannya. Pertengkaran pasangan berkenaan berakhir tragedi apabila suspek hilang pertimbangan dan menetak mangsa. Penduduk tempatan yang melihat kejadian berkenaan tampil campur tangan dan segera menghantar mangsa ke hospital. Ujarnya, suspek bertindak melarikan diri selepas menetak mangsa. “Suspek belum ditahan, anggota polis bekerja keras meneruskan usaha mengesannya,” jelas Yadhulul. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube