suria

Lelaki tetak isteri guna parang, berang mangsa minta cerai… Tunjuk bahagian anggota putus pada jiran

Membunuh adalah satu jenayah besar. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki tergamak membunuh isterinya dengan kejam selepas tercetusnya pertelingkahan antara mereka dalam kejadian pada 13 Oktober lalu.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis, Iptu Helmi S berkata suspek yang hanya dikenali sebagai AR, 29, mengerat tubuh isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Belimbing, Long Ikis, Paser di Indonesia.

Katanya, suspek sempat menunjukkan bahagian tubuh isterinya, FI, berusia 22 tahun itu kepada jiran sebelum pulang ke kediaman lalu pengsan.

Difahamkan, insiden tragis itu bermula apabila kedua-duanya bergaduh mengenai masalah rumah tangga dan rasa cemburu suspek terhadap mangsa.

“Suami hilang sabar kerana isterinya meminta cerai. Akhirnya suami naik angin, langsung ke bilik dan mengambil sebilang parang,” kata Helmi pada Jumaat.

Kata Helmi, mangsa cuba menghalang tindakan suspek dengan menggenggam parang tetapi wanita itu ditetak.

Suspek kemudiannya bertindak kejam apabila menetak mangsa di bahagian leher dan badan berkali-kali menyebabkan beberapa bahagian badan terputus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain