PEMILIHAN nama merupakan salah satu proses penting selepas pasangan suami isteri menyambut kelahiran bayi mereka. Nama yang dipilih bukan sekadar sedap disebut, malah ia juga perlu memiliki maksud yang baik. Namun, seorang wanita tular selepas dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cadangan nama oleh suaminya. Dalam perkongsian di internet, wanita itu kecewa kerana suaminya memilih nama 'Yves' untuk anak mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Teruja sambut kelahiran cahaya pertama, mak ayah jangan lupa daftar anak! Ini senarai semak dokumen perlu dibawa ke JPN Menurut pengadu, 'Yves' merupakan nama yang biasa dipakai oleh orang Perancis, sedangkan dia dan suaminya tidak mempunyai kaitan dengan negara itu. Pertikaian mengenai nama bayi menyebabkan pasangan itu bergaduh. Menurut pengadu, dia merupakan wanita berbangsa Korea-Amerika. Malah, dia juga risau sekiranya nama itu akan menyebabkan anaknya diejek di sekolah kelak. Meski pun kendengaran remeh, perkongsian wanita itu menjadi topik perdebatan di internet kerana nama merupakan aspek penting dalam kehidupan seseorang. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube