SEKUMPULAN penduduk digemparkan dengan insiden seorang petani yang maut ketika sedang tidur akibat dipukul isterinya. Mangsa yang berusia 60 tahun maut dipukul menggunakan alat penumbuk kopi dalam kejadian berlaku di bilik tidurnya. Tragedi itu berlaku di sebuah rumah di Kampung Kedawung di Kuripan di Probolinggo di Jawa Timur, Indonesia pada Selasa malam. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki mati di tangan isteri gara-gara kahwin 2, disimbah air panas ketika tidur Ketua Perhubungan Awam Polis Probolinggo, Inspektor Merdhania Pravita Shanty berkata, perbuatan itu dilakukan isterinya yang berusia 48 tahun dengan memukul di bahagian kepala mangsa sebanyak dua kali. "Selepas melakukannya, isteri mangsa terus keluar meminta bantuan jirannya. "Penduduk kemudian melaporkannya kepada pegawai kampung dan Polis Kuripan," kata Pravita. Polis mendedahkan motif di sebalik kejadian tragis itu berikutan perasaan cemburu dan marah suspek selepas mengetahui suaminya merancang untuk kembali kepada isteri pertamanya. Malah sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa. "Polis menahan suspek dan mendapatkan bahan bukti berupa mesin pengisar kopi yang digunakan dalam kejadian itu,” kata Pravita. Kes tersebut kini dalam siasatan polis. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube