suria

Misteri mayat lelaki tanpa kepala dijumpai dekat batu besar

Penduduk digemparkan dengan penemuan mayat. -Gambar hiasan

MAYAT seorang lelaki dijumpai dalam keadaan menyayat hati tanpa kepala.

Penemuan mayat di sebelah batu besar pada Sabtu lalu menggemparkan penduduk kampung.

Kejadian berlaku di Desa Bandar Baru dan Desa Doulu, Kecamatan Berastagi, Kabupaten Deli Serdang, Sumatera Utara di Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita maut ketika keluar berjoging awal pagi, mayat ditemukan terlentang

Ketua Polis Daerah Pancur Batu, AKP Krisnat Napitupulu berkata, mayat ditemukan ketika seorang penduduk mahu memeriksa aliran air di sempadan kampung.

"Setibanya di lokasi kejadian, penduduk ini terlihat mayat berada di sebelah batu besar," kata Krisnat kepada Kompas.com pada Isnin.

Hasil pemeriksaan mendapati mayat itu hanya berbaju kemeja-T tanpa seluar.

"Tiada kepala mangsa di lokasi kejadian," jelas Krisnat.

Mayat kemudian dibawa ke hospital bedah siasat.

Kes tersebut masih dalam siasatan dan identiti mangsa sedang dikenal pasti. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain