suria

Lelaki didakwa cuba bunuh pekerja seks gara-gara dompet hilang

Suspek dibawa ke keretanya bagi membantu siasatan. Foto SiamRath

SEORANG lelaki ditahan kerana cubaan membunuh seorang pekerja seks selepas merempuh motosikal dinaiki mangsa.

Dalam kejadian itu, suspek turut melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Kejadian berpunca akibat salah faham kerana mengesyaki berlaku kecurian selepas kemalangan.

Insiden tersebut berlaku di Pattaya, Thailand pada Sabtu lalu.

Suspek berusia 51 tahun ditahan di rumahnya di Isaan, Sisaket pada Ahad lalu dan sepucuk pistol serta peluru turut dirampas.

Suspek mendedahkan dia bertemu dengan wanita yang berusia 39 tahun di Pantai Jomtien, dan kemudian mendapati dompetnya yang disimpan di dalam kereta, hilang.

Dia mengesyaki wanita itu mencurinya tetapi mangsa menafikan perkara itu. Sebaliknya, wanita itu menuntut bayaran kerana meluangkan masa bersama mangsa.

Susulan penahanan suspek, dompet yang didakwa dicuri mangsa kemudian ditemukan di dalam kereta suspek.

Laporan bagaimanapun tidak mendedahkan keadaan mangsa.

Suspek yang ditahan kini dalam siasatan dan berhadapan dengan pertuduhan cubaan membunuh dan menggunakan senjata api di tempat awam tanpa kebenaran. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain