suria

Penduduk kampung gempar ‘tetamu tak diundang’, ribuan tikus masuk rumah

Kelibat tikus berkeliaran di kawasan kampung. Foto iNews

PENDUDUK di sebuah kampung digemparkan dengan pencerobohan ribuan tikus ke kawasan mereka.

Dilaporkan beribu-ribu tikus sawah memasuki kawasan perumahan dan masjid.

Menurut penduduk setempat, kejadian itu adalah kali pertama berlaku.

Kejadian yang tular itu berlaku di Desa Kutamakmur, Kecamatan Tirtajaya, Kabupaten Karawang, Jawa Barat di Indonesia.

Difahamkan, apabila padi dituai, tikus-tikus itu mencari makanan dan memasuki rumah orang hingga ke perkarangan masjid.

Bagaimanapun, tikus-tikus tersebut tidak takut dengan kehadiran penduduk, sebaliknya kelihatan berkeliaran di atas pagar masjid dan pokok.

Menurut penduduk, kedatangan ribuan tikus pada malam Jumaat menakutkan mereka.

Ketua Kampung Kutamakmur, Juhariah berkata, kejadian pencerobohan tikus dari kawasan sawah memasuki kampung itu adalah pertama kali berlaku.

"Kemungkinan kerana tanaman padi sudah dituai, tikus mencari makan dan masuk ke kawasan kampung," kata Juhariah pada Ahad. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain