suria

Hempas pintu teksi, pelancong cedera ditikam pemandu panas baran

Pemandu teksi mohon maaf selepas dia mencederakan seorang pelancong pada 23 Oktober. -Foto KhaoSod

POLIS menahan seorang pemandu teksi selepas dia menikam perut pelancong Australia dengan pisau pada 23 Oktober lalu.

Pergaduhan antara mereka tercetus selepas pelancong berusia 39 tahun itu menutup pintu teksi dengan kuat.

Ekoran tindakan itu, pemandu teksi yang berusia 49 tahun menuntut mangsa supaya membayar sejumlah ganti rugi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berbaloi bayar RM16 tapi kena maki dengan pemandu teksi, penumpang ambil tindakan dedah video di TikTok

Namun, mangsa enggan melayan permintaan itu, menyebabkan dia ditikam oleh pemandu teksi berkenaan.

Menurut polis, mangsa terbaring di tepi jalan dengan kesan luka pada perut kanan sebelum dia dihantar ke Hospital Chulalongkorn untuk menerima rawatan.

Selepas ditangkap, pemandu teksi itu turut menyatakan kekesalan dan sudah memohon maaf kepada mangsa. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan