MALANG tidak berbau. Hasrat seorang suami untuk berkelah dengan isterinya bertukar menjadi detik hitam apabila mereka diserang oleh sekumpulan lelaki. Dalam kejadian di Rewa, Madhya Pradesh, India itu, mangsa dipaksa menjadi 'penonton' ketika isterinya dirogol oleh beberapa lelaki. ARTIKEL BERKAITAN: Lepas bawa keluar makan, ikut balik asrama... Remaja Tingkatan 3 dirogol 5 lelaki bergilir-gilir Mangsa gagal mempertahankan isterinya kerana dia diikat pada sebatang pokok oleh kumpulan berkenaan. Lebih menyedihkan, salah seorang suspek turut membuat rakaman video dan mengugut untuk menyebarkannya di media sosial. Pasangan itu kemudiannya membuat laporan polis pada 21 Oktober. Pada hari sama, beberapa pelaku berjaya ditahan oleh pihak berkuasa. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube