suria

Lelaki cekik bekas ibu mentua hingga mati, berang tak dapat pinjam duit

Suspek ditahan polis kerana disyaki membunuh bekas ibu mentuanya. -Foto KhaoSod

SEORANG lelaki berusia 41 tahun ditahan polis kerana disyaki membunuh bekas ibu mentuanya.

Insiden pembunuhan berlaku di rumah mangsa sekitar wilayah Phetchaburi, Thailand dalam kejadian pada 17 Oktober.

Mangsa, Pranee Wadprawate, 69, ditemukan tidak bernyawa dengan hanya berseluar dalam.

Pada awalnya, suami mangsa, Sanoh menyangka isterinya meninggal dunia akibat masalah kesihatan.

Namun, anak perempuan mangsa menyedari kehilangan barang berharga dan menemukan kesan tapak kaki di tingkat dua rumah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : Lelaki cekik teman wanita sampai maut, risau kekasih gelap bongkar rahsia kepada isteri

Susulan itu, pihak polis menjalankan siasatan dan mayat mangsa dihantar untuk dibedah siasat.

Hasil siasatan membawa kepada penangkapan suspek yang merupakan bekas menantu mangsa.

Suspek mengaku memasuki rumah mangsa untuk meminjam wang selepas mengetahui warga emas itu ada menerima wang daripada hasil penjualan tanah.

Walau bagaimanapun, mangsa enggan memberikan bantuan kewangan menyebabkan suspek bertindak mencekiknya hingga mati.

Kemudian, suspek melarikan diri dengan barangan berharga termasuk sebuah komputer, kamera dan jam tangan.

Suspek mempunyai enam rekod jenayah antara tahun 2010 dan 2023 dengan kesalahan penipuan serta kecurian. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain