SEORANG wanita ditemukan maut dalam keadaan tergantung dipercayai bunuh diri di dalam rumahnya pada Khamis. Lebih menyedihkan lagi kejadian ngeri itu turut melibatkan anak perempuan yang juga ditemukan mati dalam keadaan sama di daerah Karawang, Indonesia. Seorang jiran kepada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Yanti memberitahu bahawa suami si mati menyedari kejadian itu selepas pulang berniaga jamu. Wanita berkenaan dipercayai melakukan perbuatan itu bersama dua anaknya. Bagaimanapun anak bongsunya yang berusia enam tahun dikatakan 'terlepas' dari tali gantung yang dipasang di bahagian pintu bilik. Menurut Yanti, anak bongsunya itu berada dalam keadaan terkejut dan terpaksa ditenangkan kerana menjadi saksi kematian ibu dan kakaknya. Menurut Ketua Kampung Palumbonsari, Achmad Rifaldi, jenazah kedua-duanya sudah dikebumikan oleh pihak keluarga selepas bedah siasat dilakukan pihak polis. Hasil laporan polis menerusi soal siasat bersama suami mendapati punca isterinya bertindak sedemikian adalah disebabkan cemburu. Sebelum kejadian, pasangan itu bertengkar gara-gara mangsa cemburu terhadap suaminya yang dikatakan mempunyai 'perempuan lain' di tempat berniaga. Sebelum kejadian, pasangan itu bertengkar disebabkan rasa cemburu terhadap suaminya yang dikatakan mempunyai 'perempuan' lain di tempat berniaga. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube