suria

Teka-teki bau busuk terjawab... Mayat wanita ditemukan dalam bilik sewa, rupanya dibunuh suami sendiri

Ada individu tergamak membunuh akibat hilang kewarasan akal. -Gambar hiasan.

MAYAT seorang wanita berusia 21 tahun ditemukan dalam bilik sewa yang berkunci dalam kejadian di Kampung Mannuruki, Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tamalate, Iptu Rahman, mayat itu ditemukan oleh penduduk tempatan pada malam Ahad selepas terhidu bau busuk dari bilik mangsa.

Tambah Rahman, ketika ditemukan mayat berkenaan sudah membengkak dan mengeluarkan cecair, dipercayai telah meninggal dunia kira-kira empat hari sebelum dijumpai.

ARTIKEL BERKAITAN : Pesakit menjerit ada mayat dalam bilik, jururawat terkejut makhluk jelmaan bekas pesakit sejak 11 tahun lalu

Polis mengesahkan mangsa dibunuh oleh suaminya sendiri dan suspek telah berjaya ditahan.

Siasatan awal mendapati motif pembunuhan berpunca daripada pergaduhan yang sering berlaku antara pasangan berkenaan.

Susulan itu, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain