suria

Wanita transgender belasah lelaki kurang ajar, pukul guna kasut tumit gara-gara hina kampung halaman

Seorang wanita trangender membelasah lelaki yang didakwa menghinanya. -Gambar Khaosod

SEORANG wanita transgender membelasah seorang lelaki yang menghinanya dalam kejadian di sebuah restoran hotpot Haidilao di Hunan, China.

Dalam rakaman video tular itu, mangsa, Jiang Yan dilihat menampar dan menghempap lelaki itu ke lantai sambil memukul kepalanya dengan kasut tumit tinggi.

Jiang, seorang pempengaruh kecantikan mendakwa lelaki itu menghinanya dengan memanggil orang Hunan sebagai miskin dan hodoh sambil melemparkan makanan dan sampah ke arahnya.

Pempengaruh itu turut mendakwa lelaki itu memukulnya dengan telefon sehingga mendorongnya untuk bertindak balas terhadap tindakan tersebut.

Susulan video mengenai kejadian yang menjadi tular semula di media sosial, polis mengambil tindakan dan mengenal pasti suspek yang merupakan seorang peguam dari Hong Kong itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan transgender India bakal sambut kelahiran bayi sulung pada Mac, buat pengumuman di Instagram

Difahamkan, suspek sudah membuat permohonan maaf dan mengakui tindakannya adalah disebabkan pengaruh alkohol.

Perkara itu dijelaskan Jiang sendiri menerusi video yang dimuat naik pada 18 Oktober lalu.

Jiang dan lelaki itu juga merancang untuk membuat permohonan maaf kepada pihak restoran makanan hotpot, Haidilao.

Kedua-dua mereka juga akan membayar pampasan terhadap sebarang kerosakan yang berlaku.

Sebagai peringatan, perbuatan mengubah jantina adalah haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain