suria

Tehran bergegar diserang Israel, sasar 3 bandar

Perkampungan di Tehran yang dibom oleh serangan udara Israel. -Gambar agensi

BUNYI letupan dan dentuman kedengaran di Tehran yang merupakan ibu negara, Iran.

Menurut laporan, Israel melancarkan serangan ke atas beberapa pusat ketenteraan dalam negara itu sebagai tindak balas kepada bedilan peluru berpandu dilancarkan terhadap rejim Zionis pada 1 Oktober lalu.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel dalam satu kenyataan berkata keupayaan ketenteraan mereka dari segi pertahanan dan ofensif sudah digerakkan.

"Setelah berbulan-bulan rejim kami diserang oleh Iran, kini giliran kami melancarkan serangan balas yang menumpukan kepada lokasi ketenteraan milik negara itu.

"Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden juga sudah memaklumkan lebih awal bahawa serangan ini akan berlaku," ujarnya.

Difahamkan sejumlah jet pejuang Israel melancarkan serangan udara di sekitar Tehran, Mashhad dan Karaj seawal pukul 2.30 pagi waktu tempatan.

Mashhad merupakan kampung halaman kepada Pemimpin Agung Iran, Ali Khamenei, manakala Karaj adalah sebuah bandar yang dijadikan lokasi penyelidikan nuklear. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain