suria

UFO muncul berdekatan pangkalan tentera, saksi sukar tidur selepas lihat cahaya misteri

Objek misteri dilihat terbang berdekatan pangkalan udara di Indiana. -Foto Tiktok/@christina.sharp18

KEHADIRAN objek terbang tidak dikenali (UFO) berhampiran sebuah pangkalan tentera mencetuskan kekecohan dalam kalangan penduduk setempat.

Menurut saksi, mereka melihat objek bercahaya itu terbang berdekatan pangkalan tentera di Indiana, Amerika Syarikat.

Saksi turut merakam kehadiran objek berkenaan sehingga video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok menjadi tular.

Dalam video itu, objek misteri yang kelihatan seperti cahaya dilihat meluncur dengan pantas sebelum tiba-tiba hilang dari pandangan di langit.

Seorang lagi saksi mendakwa dia turut melihat objek itu walaupun berada kira-kira 20 kilometer (km) dari pangkalan tentera berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: UFO terhempas dalam kampus, pihak universiti kata sedang dalam siasatan - “Kami tidak tahu apakah objek itu”

Tambahnya, dia sukar untuk tidur selepas menyaksikan kejadian mengejutkan itu.

Kejadian ini turut menimbulkan pelbagai teori dalam kalangan penggemar UFO dan penyelidik.

Sehingga kini, pihak pangkalan tentera itu belum memberikan sebarang penjelasan.

Namun, beberapa saksi berkata cahaya di langit itu mungkin suar tentera yang dijatuhkan dari pesawat. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain