DUA beradik perempuan dipercayai dirogol oleh 13 lelaki secara bergilir-gilir sehingga kejadian itu menjadi tular. Difahamkan, bapa kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia, manakala ibu mereka mengalami gangguan mental. Kejadian berlaku di Purworejo di Jawa Tengah, Indonesia. ARTIKEL BERKAITAN: Lepas bawa keluar makan, ikut balik asrama... Remaja Tingkatan 3 dirogol 5 lelaki bergilir-gilir Susulan itu, Polis Jawa Tengah membuka kes siasatan berhubung insiden tersebut. Pengarah Siasatan Jenayah Jawa Tengah, Dwi Subagio berkata, lapan saksi dipanggil untuk memberi keterangan dan polis kini masih memburu suspek. "Suspek masih dikesan dan siasatan sedang dijalankan. Jika sudah ada bukti, kita akan bertindak," kata Dwi. Kejadian rogol dua beradik itu dikatakan tular selepas satu video mengenai pendedahan tersebut dimuat naik di media sosial. "Dua beradik perempuan dirogol 13 orang," demikian menurut video tersebut yang dimuat naik pada 22 Oktober lalu. Menerusi video sama, salah seorang mangsa didakwa dirogol 10 kali, manakala seorang lagi mangsa sudah hamil. Bagaimanapun tidak dimaklumkan mengenai usia kedua-dua mangsa rogol. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube