suria

Budak 12 tahun kutip sisa rakan, jamah buat alas perut lapar... Makanan percuma dapat di sekolah simpan untuk ibu

Video memaparkan Li Shibo memberi makanan kepada ibunya menyentuh hati warga maya. -Foto SCMP

DEMI kasih kepada ibu tercinta, seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun sanggup mengutip dan memakan sisa makanan rakan-rakannya untuk mengalas perut ketika di sekolah.

Li Shibo, pelajar sebuah sekolah rendah dari kawasan luar bandar di wilayah Henan, China, kemudian menyerahkan bekalan makanan tengah hari percuma miliknya kepada ibu yang menunggu di luar pagar sekolah.

Momen penuh menyentuh hati itu sempat dirakam oleh guru Li Shibo sendiri yang kebetulan sedang mencari pelajar lelaki tersebut.

Guru bernama Wang itu kemudian berkongsi video berkenaan di platform Douyin, sekali gus meraih perhatian warga maya yang turut sebak melihat kasih sayang yang dipamerkan Li Shibo kepada ibunya.

Menurut laporan South China Morning Post, ibu Li Shibo mengalami masalah mental dan sering berjalan-jalan di kawasan sekolahnya.

Difahamkan, pelajar tersebut tinggal bersama ibu, seorang kakak yang juga mengalami masalah mental, dan neneknya yang sudah uzur.

Bapanya pula meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.

Keluarga pelajar malang itu juga dikhabarkan menerima elaun sara hidup dan makanan percuma daripada kerajaan, selain turut dibantu oleh bapa saudara yang prihatin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan